Saturday, August 23, 2008

Jawatan ketua jurulatih dimansuhkan?

Memansuhkan jawatan ketua jurulatih antara cadangan yang bakal dipertimbangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan mereka, awal bulan depan.Rashid Sidek, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai bakal pengganti Kim Hock sebaliknya mungkin dinaikkan kepada ketua jurulatih perseorangan, manakala Rexy Mainaky dijangka kekal sebagai ketua jurulatih beregu.Malah pada Olimpik Beijing, nama Kim Hock tercicir sebagai penerima akreditasi dan terpaksa membeli tiket untuk menonton perlawanan. Pas sebaliknya diberi kepada Rexy, Misbun Sidek, Wong Tat Meng dan pengurus pasukan, Datuk Lim Teong Kiat.Seandainya kontrak Kim Hock, yang tamat pada 31 Disember ini tidak sambung, pengalaman luas yang dimiliki naib juara beregu Olimpik 1996 itu mungkin digunakan untuk menerajui Projek 2016 - menyiapkan pemain remaja menghadapi Olimpik 2016.

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 23 Ogos 2008