Tuesday, August 26, 2008

Jurulatih tempatan atau pemain import?

Menjuarai tiga piala dalam dua musim berturut-turut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi pasukan dari negeri jelapang padi negara, Kedah, telah membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil.Tetapi apa yang menjadi persoalan di sini adakah kehebatan dan kecemerlangan itu dijelmakan oleh jurulatih tempatan atau rangkaian pemain import berkualiti yang dibarisi oleh Nelson Sam Martin (Chile), Cornelius Bernard Huggings dan Marlon Alex James (St. Vincent and Grenadines).Bagaimanapun kedua-dua faktor tersebut saling melengkapi antara satu sama lain, ditambah dengan produk pemain muda berbakat yang sentiasa dikeluarkan oleh pasukan Kenari itu setiap tahun.Ia sedikit sebanyak dapat dinilai oleh pemerhati bola sepak di dalam negara bahawa kekuatan Azraai terletak kepada keberaniannya yang mengetengahkan bakat muda di samping mempunyai penolong jurulatih kaya dengan pengalaman, Radhi Mat Din.Mungkin kejayaan dari sentuhan anak tempatan ini akan menjadi contoh terbaik buat pasukan lain yang masih lagi mengguna pakai tenaga jurulatih asing seperti Perak (Steve Darby) dan UPB-MyTeam (Bojan Hodak) tetapi tidak mampu untuk membarisi empat pasukan terbaik di dalam Piala Malaysia musim ini. Apa pun semua keputusan terletak kepada persatuan negeri masing-masing sama ada masih ingin menggunakan jurulatih asing atau tempatan, namun Azraai telah membuka mata semua pihak dengan kejayaan yang dikecapinya sepanjang 2007 hingga 2008.Bagi Azraai pula walaupun sudah mempunyai pelapis yang mantap tetapi usahanya harus dipertingkatkan agar tidak dibuai dengan kejayaan yang dicatatkan sebelum ini.

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 26 Ogos 2008

Monday, August 25, 2008

Tugas pemain tempatan

Bermula Liga Malaysia musim hadapan tidak akan ada lagi pemain-pemain import menghiasi kancah Liga Malaysia. Itulah keputusan kontroversi yang dilakukan oleh FAM baru-baru ini. Banyak pihak tidak berpuashati dengan keputusan FAM ini kerana pemain-pemain import dalam pasukan yang dapat menarik penonton untuk menonton di stadium. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, jika sebuah pasukan itu dapat mempamerkan persembahan mantap dan membawa kejayaan kepada pasukan negeri, peminat dengan sendirinya akan memenuhi stadium kerana puas hati dengan persembahan pasukan. Pada pendapat saya, sepatutnya pemain tempatan lebih menyerlah dari pemain import kerana sebenarnya ramai pemain tempatan yang berbakat tetapi tidak di cungkil. Bukan semua pemain import yang bermain mempunyai kualiti yang tinggi, ada juga pemain tempatan yang mempunyai skill yang boleh bersaing dengan pemain import, tetapi bakat ini tidak di gilap dengan baik dan selalunya pemain-pemain tempatan ini di pandang rendah oleh sesetengah jurulatih. Bagi mereka pemain-pemain tempatan hanyalah 'jaguh kampung' sahaja.

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 22 Ogos 2008