Thursday, August 14, 2008

Peluang tamat kemarau 12 tahun

Pemain badminton negara, Lee Chong Wei semakin hampir bagi menamatkan kemarau pingat selama 12 tahun buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik XXIX.
Pemain No. 2 dunia itu akan berdepan pemain Korea Sela- tan, Lee Hyun Il pada aksi separuh akhir di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing petang ini.
Namun, dia diramal berdepan tentangan sengit daripada pemain bukan pilihan dari Korea Selatan itu yang mengejut- kan pilihan ketiga dari China, Bao Chunlai pada aksi suku akhir semalam.
Berdasarkan rekod pertemuan antara Chong Wei dan Hyun Il tahun ini, ia dilihat agak seimbang.
Chong Wei pernah menewaskan Hyun Il pada Terbuka Malaysia dalam pertarungan tiga set.
Kemudian, pada Terbuka Korea Selatan, Hyun Il pula berjaya menjinakkan Chong Wei pada pusingan kedua sebelum dia menewaskan jaguh China, Lin Dan pada perlawa- nan akhir.
Kejayaan buat Chong Wei hari ini bukan sahaja memasti- kannya slot ke perlawanan akhir, malah ia bakal menjanji- kan pingat keempat dalam sejarah Olimpik Malaysia yang semuanya hadir menerusi acara badminton.
Chong Wei juga memiliki peluang yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemain badminton Malaysia selama ini iaitu membawa pulang pingat emas pertama buat negara selepas acara itu hanya mampu menghadirkan satu pingat perak dan dua gangsa pada tema- sya 1992 di Atalanta dan 1996 di Barcelona.
Begitupun, seandainya tewas, Chong Wei terpaksa merebut pingat gangsa pada penentuan tempat ketiga dan keempat.


Sumber : Kosmo
Tarikh : 14 Ogos 2008

1 comment: