Tuesday, August 26, 2008

Jurulatih tempatan atau pemain import?

Menjuarai tiga piala dalam dua musim berturut-turut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi pasukan dari negeri jelapang padi negara, Kedah, telah membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil.Tetapi apa yang menjadi persoalan di sini adakah kehebatan dan kecemerlangan itu dijelmakan oleh jurulatih tempatan atau rangkaian pemain import berkualiti yang dibarisi oleh Nelson Sam Martin (Chile), Cornelius Bernard Huggings dan Marlon Alex James (St. Vincent and Grenadines).Bagaimanapun kedua-dua faktor tersebut saling melengkapi antara satu sama lain, ditambah dengan produk pemain muda berbakat yang sentiasa dikeluarkan oleh pasukan Kenari itu setiap tahun.Ia sedikit sebanyak dapat dinilai oleh pemerhati bola sepak di dalam negara bahawa kekuatan Azraai terletak kepada keberaniannya yang mengetengahkan bakat muda di samping mempunyai penolong jurulatih kaya dengan pengalaman, Radhi Mat Din.Mungkin kejayaan dari sentuhan anak tempatan ini akan menjadi contoh terbaik buat pasukan lain yang masih lagi mengguna pakai tenaga jurulatih asing seperti Perak (Steve Darby) dan UPB-MyTeam (Bojan Hodak) tetapi tidak mampu untuk membarisi empat pasukan terbaik di dalam Piala Malaysia musim ini. Apa pun semua keputusan terletak kepada persatuan negeri masing-masing sama ada masih ingin menggunakan jurulatih asing atau tempatan, namun Azraai telah membuka mata semua pihak dengan kejayaan yang dikecapinya sepanjang 2007 hingga 2008.Bagi Azraai pula walaupun sudah mempunyai pelapis yang mantap tetapi usahanya harus dipertingkatkan agar tidak dibuai dengan kejayaan yang dicatatkan sebelum ini.

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 26 Ogos 2008

2 comments:

aiShaH said...

Salam
Please change the font color.. i can't read your article

wajateam said...

thanks madam. i will change my font color.